Followers

Thursday, March 31, 2011

Duhai Sahabat




Duhaisahabat...
Cintaitu di dalamhati...
kitamempunyaisebuahrumah...
Rumahitusentiasadikunjungitetamu...
Ada yang baikdanada yang buruk.
Terkadangrumahitucantikapabilakitakemaskan,
kitahiaskandenganperabot KETAKWAAN,
diwarnaiindahdenganwarna-warnaKEIMANAN
bahkanmenjadiperhatianjikadilengkapidengankelengkapan ILMU pengetahuan.
Tetamu yang baikhadirmenambahperabotrumah mu, wahaikawanku...
DiamengindahkanlagiwarnapadadindinghatimubahkansentiasamengajakmemenuhirumahmudengankelengkapanILMU...

Dan ketahuilahduhaisahabatku...
Tetamuburukmuhanyainginmencuriperabotmu,
merosakdindinghatimudanmelenyapkankelengkapanmu
sehinggarumahmurobohdankausendiriditelanbumikemaksiatan...
Suatuhari, bayulembutmenyapatelingamu,
mengkhabarkantentangtetamu yang bernamaCINTAinginbertandangkerumahmu...
Dan berhajattinggal di dalamkamarhati mu...

Kaugembiramendengarkannya...
Makatatkala sang CINTAsampai di hadapanpinturumahmu...
Apa yang akankaulakukan ???
menerimanyasedangkanrumah mu bersepahtakterurus ???
DenganperabotTAKWA yang reputdansudahlapuktakdiganti,
danwarna-warna IMAN yang lunturtakdiperbaharui...
Dan hiasankelengkapanILMU yang masihbelummencukupi ???
Sekalipunhatimuberat...

Pintalah sang CINTAitupulang...
Beritahulahkepadanya... :
Maafkanaku...
Akumasihbelumbersediauntukmenerimakausebagaitetamuku...
Kerana...
AkuinginmenggantikanperabotTAKWAkukeranaiasudahreputtakbermaya...
Agar TAKWAkumengingatkanaku agar akumencintaimutanpamelupaiPENCIPTAku,
yang MahaPengasih...

Dan kausendiriselesaberistirehat di dalamhatiku...
keranaakuinginmemperbaharuiwarnaIMAN padadindingrumah (HATI)ku...
Agar hilanglahgelisahmu,
reduplahhatimudantenanglahjiwamusaatkaumemandang
warna-warnaIMAN yang indahberseri...
Terangdanmenerangi...
KeranaakuinginmenambahsegalakelengkapandanhiasanILMUdalamrumahku...
Agar kauselesa baring atashamparanpermaidaniHARTAku
dankauselesadengantuturbicaraHIKMAHku...

KautahuwahaiCINTA???
Keranasetelahakumenerima mu sebagaitetamuku...
AKU TAK AKAN BIARKAN KAU KELUAR DARI RUMAHKU BUAT SELAMANYA.......


Duhaisahabat..
... Sungguhcintaituindah,
Namuniaadalahsatuanugerahapabilakitasudahmampudanbersedia...
Tetapibagipelajarmacamkita ???
Cintaitubiasanyahanyalahmusibah...

CintailahALLAH...
Yang sentiasamencintaimu,
memeliharamudanmengasihimu...
Saatmerekabertanya...
MengapakaumencintaiALLAH ?

Katakanlahwahaitemanku...
KeranaALLAHlah yang menciptakanaku,
memeliharakudalamrahimbondaku,
keranaakuMendengarnamanyasaatbapakuberseru di telingaku...
KeranaDia yang menumbuhkandagingku...
Dan mengukuhkantulangku...
Dan sentiasamemaafkansegalasalah - silapku...
Tuturbicaramulutku...

BagaimanalahakumampuuntukmencintaisesuatuatausesiapamelibihiALLAH...
AkutakmenemuialasanuntukmengingkariNya...
Hidupdanmatiku.......
SegalanyauntukNya........

Monday, March 28, 2011

Amal Untuk Meraih Cinta Allah SWT


Ku cinta Dia. Kita mencintai Allah SWT. Adakah sekadar kata-kata cukup sebagai bukti? 
" Tidak, cinta kepada-Nya tidak terbukti hanya melalui kata-kata. "
Hasan Al-Basri rahimahullah berkata:
Para sahabat Nabi SAW berkata: " Wahai Rasulullah! Sesungguhnya kami amat mencintai Allah SWT. "Kemudian Allah SWT mahu menjadikan tanda yang menunjukkan kecintaan kepada-Nya. Dengan itu Allah SWT menurunkan ayat berikut:
قُلْ إِنْ كُنْتُمْ تُحِبُّونَ اللَّهَ فَاتَّبِعُونِي يُحْبِبْكُمُ اللَّهُ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَحِيمٌ
Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika benar kamu mencintai Allah SWT maka ikutilah aku. Nescaya Allah SWT mencintai kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
(Ali 'Imran: 31)
Dari Abu Hurairah RA katanya :
Rasulullah s.a.w. bersabda :
Sesungguhnya Allah SWT berfirman: " Barangsiapa memusuhi kekasih-Ku, maka Aku memberitahu kepadanya bahawa dia akan Aku perangi. Dan tidaklah seseorang hamba-Ku itu mendekatkan diri kepada-Ku dengan sesuatu yang amat Aku cintai lebih daripada apabila dia melakukan apa yang telah Aku fardhukan kepadanya. Dan tidaklah seseorang hamba-Ku itu mendekatkan diri kepada-Ku dan melakukan perkara sunnah sehingga akhirnya Aku mencintainya. Maka apabila Aku telah mencintainya, Akulah telinganya yang dia gunakan untuk mendengar, Akulah matanya yang dia gunakan untuk melihat, Akulah tangannya yang dia gunakan untuk mengambil dan Akulah kakinya  yang dia gunakan untuk berjalan. Andaikata dia meminta sesuatu kepada-Ku pastilah Aku beri, dan andaikata dia memohon perlindungan kepada-Ku pastilah Aku lindungi. "
(Riwayat Bukhari)
Saidina Umar al-Khattab r.a. pernah berkata :
" Amalan yang paling afdhal ialah melaksanakan amalan yang difardhukan oleh Allah SWT, menjauhi perkara yang diharamkan-Nya dan benarnya niat untuk mendapatkan apa yang ada di sisi Allah SWT semata-mata. "
Al-Quran
Di antara perkara sunat utama yang dapat mendekatkan diri kepada Allah SWT ialah membaca Al-Quran dan mendengarnya dengan penuh tafakkur, tadabbur serta memahaminya.
Firman Allah SWT :
يَا أَيُّهَا النَّاسُ قَدْ جَاءَتْكُمْ مَوْعِظَةٌ مِنْ رَبِّكُمْ وَشِفَاءٌ لِمَا فِي الصُّدُورِ وَهُدًى وَرَحْمَةٌ لِلْمُؤْمِنِينَ
Wahai manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Al-Quran yang menjadi nasihat pengajaran dari Tuhankamu, dan penawar bagi penyakit dalam dada kamu, dan hidayah petunjuk (untuk keselamatan), serta rahmat bagi orang-orang yang beriman.
( Surah Yunus: 57)
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
" Bacalah Al-Quran kerana ia akan memberi syafaat(pertolongan)kepada sesiapa yang membacanya pada hari akhirat kelak. "
Bukti DicintaiNya
Apabila seorang hamba dicintai oleh Allah SWT, maka ada buktinya dan ada tandanya.
Telinganya, hanya mendengar sesuatu yang berupa ketaatan kepada Allah SWT, tidak atas dorongan hawa nafsu dan syaitan.
Pandangan matanya, sentiasa dalam ketaatan kepada Allah SWT,  jauh daripada dorongan kebinasaan hawa nafsu dan syaitan.
Tangan kaki dan pergerakannya, sentiasa dalam ketaatan kepada Allah SWT, bukan kemaksiatan kepadaNya.
"Kita muhasabah diri. Adakah terdapat pada diriku bukti-bukti itu? Adakah aku dicintaiNya?"
Asy-Syaukaani berpendapat :
" Allah SWT memberi kepada anggota-anggota tersebut nur-Nya (cahaya) yang menyuluh jalan hidayah dan menghindarkannya daripada kesesatan. "
Siapa Bertakhta Di Hati ?
Firman Allah SWT :
قُلْ إِنْ كَانَ أبَآؤُكُمْ وَأَبْنَآؤُكُمْ وَإِخْوَانُكُمْ وَأَزْوَاجُكُمْ وَعَشِيرَتُكُمْ وَأَمْوَالٌ اقْتَرَفْتُمُوهَا وَتِجَارَةٌ تَخْشَوْنَ كَسَادَهَا وَمَسَاكِنُ تَرْضَوْنَهَا أَحَبَّ إِلَيْكُمْ مِنَ اللَّهِ وَرَسُولِهِ وَجِهَادٍ فِي سَبِيلِهِ فَتَرَبَّصُوا حَتَّى يَأْتِيَ اللَّهُ بِأَمْرِهِ وَاللَّهُ لا يَهْدِي الْقَوْمَ الْفَاسِقِينَ
Katakanlah: " Jika bapa-bapa, anak-anak , saudara-saudara, isteri-isteri, kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khuatiri kerugiannya, dan tempat tinggal yang kamu sukai, adalah lebih kamu cintai daripada Allah SWT dan Rasul-Nya serta berjihad di jalan-Nya,maka tunggulah sehingga Allah SWT mendatangkan keputusan-Nya ". Dan Allah SWT tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasiq. "
(At-Taubah: 24)
Kecintaan kepada Allah SWT pasti membuahkan cinta kepada teman hidup dan keluarga. Cinta insani itu adalah buah daripada cinta kepada Allah SWT. Kecintaan kepada teman hidup dan keluarga perlu didasari dengan cinta kepada Allah SWT.
Kebahagiaan bergantung kepada sesuatu yang menjadi neraca nilai. Andai syara' diambil sebagai neraca nilai, kebahagiaan anugerah Allah SWT pasti bersama. Kebaikan adalah apa yang syara' tetapkan sebagai baik. Keburukan adalah apa yang syara' tetapkan sebagai buruk. Kehidupan dan interaksi indah dihiasi dengan nilai Islam.
Tiada ketaatan kepada makhluk dalam perkara maksiat kepada Pencipta. Allah Al-Khaliq. Harta adalah ujian. Andai dimanfaatkan ke jalan Islam, Insyaallah ianya adalah amal yang akan menghadirkan cinta Allah SWT. Jika yang sebaliknya berlaku, pasti mengundang kemurkaan dan azab-Nya.

Saturday, March 26, 2011

Perjuangan Si kecil..

"Ibu, kenapa orang islam yang penuh dalam dunia ini tak nak tolong walid? Tak tolong kita ? Tak tolong Palestin?" Asma’ yang baru tiba dari madrasah itu bersungguhan bertanya kepada ibunya. Usianya masih mentah, sebelas tahun. Soalan sebegitu adalah soalan yang cukup dewasa buat kanak-kanak seusia Asma’. Di serata dunia, yang bermain di kepala anak-anak secilik itu adalah superhero khayalan seperti Superman, Spiderman dan banyak lagi.

"Asma’, puteri ummi belajar apa di madrasah hari ni?" Ibu Asma’ cuba mengubah topik perbualan.

"Kami belajar sifat ukhuwwah, sifat berkasih sayang, bantu membantu atas satu aqidah, sebab itu Asma’ tanya ummi, kenapa orang islam lain dalam dunia ini tak nak bantu kita?" Jawab Asma’ dengan nada yang mendesak. Dia sungguh-sungguh berharap agar ibunya menjawab pertanyaannya tadi.

Dalam usaha mencari jawapan kepada persoalan anaknya itu, fikiran Ummu Asma’ terheret ke dalam memori semalam. Bersiponggang suara pemberita dari Radio Palestin yang dia dengari di pasar.

“Pihak PA akan meneruskan persidangan serta rundingan keamanan dengan Israel pada hari ini dengan bantuan Amerika Syarikat. Kali ini, kita harapkan kedua-dua pihak dapat mencapai kata sepakat kerana Amerika Syarikat menyatakan bahawa mereka serius dan bersungguh untuk menamatkan pergolakan di rantau ini.”

Pemberita itu menyambung lagi,"Sementara itu, pihak OIC juga dalam rangka menganjurkan Persidangan Memahami Penderitaan Palestin sebagai salah satu usaha menyedarkan masyarakat Muslim seluruh dunia mengenai masalah di Palestin.”

Berunding dengan penceroboh mengenai keamanan?
Belum jelas penderitaan kami? Aneh!

Sesiapa yang memikirkan nasib Al-Quds, pasti akan hanya melihat dua solusi. Bersama PA yang berpegang kepada kaedah dunia, "Geneve Solutions", "The Two State Solutions" yang hanya dipenuhi longgokan tandatangan si pengecut dan si penceroboh durjana atau penyelesaian berpaksikan perjuangan kumpulan-kumpulan yang dilabel pengganas oleh dunia.

Yang pastinya, rakyat Palestin arif dan mengerti, kaedah dunia sudah terlalu lapuk untuk mereka, kaedah yang berupa siri-siri perjanjian yang hanya memberi peluang kepada sang pengecut melancong ke serata dunia. Perjanjian yang tidak pernah dan tidak akan menjanjikan hatta sebuah nyawa orang awam atau kanak-kanak terselamat daripada pemangsa yang terlalu dahaga untuk melihat seluruh keturunan mereka lenyap dari muka bumi.

Rakyat Palestin cukup kenal siapakah pembela mereka. Biarlah seluruh dunia memanggil pembela mereka itu 'pengganas' kerana mereka lebih mengerti bahawa 'pengganas' itulah yang membantu mereka untuk terus hidup dan memberikan dorongan kepada mereka agar terus tabah.

Berita kesyahidan suaminya bersama Dr.R tiba-tiba menerpa pelataran fikir Ummu Asma’. Waktu itu, jasad suaminya hampir tidak ada untuk dikebumikan. Dia tidak mampu menafikan air matanya, menangis... Di sudut hatinya dia bangga... Bangga kerana suaminya pergi sebagai seorang pejuang dan bukannya terdiri daripada pengecut yang hanya minta kocek mereka diisi sebagai upah berlakon di atas pentas dunia.

Dia tahu, suaminya telah memainkan peranan yang diamanahkan ALLAH untuk menyumbang ke arah Islam, ke arah pembebasan Palestin daripada rejim durjana Zionis. Kini, sampai giliran dia untuk melengkapkan amanah ALLAH dan amanah arwah suaminya iaitu mendidik anak-anaknya agar mereka menjadi pengibar panji Islam supaya agama ini kembali gah di bumi Al-Quds.

Asma’ menarik tangan ummi. Tersentak umminya daripada lamunan. "Asma’, ALLAH ada kata dalam Surah An-Nuur, ayat 55 yang ALLAH akan berikan kuasa kepada orang yang beriman dan beramal soleh. Untuk jadi orang yang beriman, kita perlu bersungguh-sungguh dalam beramal soleh, jauhi dosa-dosa. Semua itu tak mudah, perlukan kesungguhan dalam diri. Bila kita dah buat semua itu, insya-ALLAH, ALLAH akan laksanakan janjiNya...ALLAH akan bebaskan Palestin dan seluruh dunia akan aman dengan Islam." Ummu Asma’ memberi penjelasan.

"Tapi ummi, kenapa orang islam lain tak bantu kita? Asma’ tak fahamlah... Sebab mu'allimah ajar kami hadis Rasulullah SAW yang berbunyi,"Seorang mu'min dengan mu'min yang lain ibarat bangunan dengan sebahagian daripada mereka saling menguatkan sebahagian yang lain," kita ni amat memerlukan umat Islam yang lain, diorang tak pernah dengar hadith tu ke ummi?” Asma’ masih belum berpuas hati dengan jawapan ibunya.

"Asma’, hidup kita ni sebuah perjuangan. Hidup kekasih kita, Rasulullah SAW juga suatu perjuangan, perjuangan agar kita dapat mengecapi nikmat Islam yang mendekatkan kita dengan syurga dan menyelamatkan kita dari neraka. Begitulah hidup kita, malah hidup semua yang mengaku dirinya Islam. Hidup sebagai pejuang. ALLAH tak ciptakan kita untuk bermalas-malas dan hanya mahu goyang kaki, melihat orang lain menderita sedang sendiri masih ketawa. Ummi pasti mereka pernah dengar hadith itu, dan ummi pasti bantuan ALLAH hampir tiba. Bersabarlah sayang, kalau bukan hari ini, mungkin esok, janji ALLAH itu pasti dan kita akan terus berusaha sambil berdo'a padaNya...," Ummu Asma’ berharap agar anaknya yang berumur 11 tahun itu dapat memahami jawapannya...
"Erm...insya-ALLAH ummi...Kalau macam tu, kita qiyamullail malam ni ye ummi, Asma’ nak do'a supaya ALLAH letakkan walid dan keluarga kita di sisi Rasulullah dalam syurga nanti, boleh kan ummi?"
"Boleh sayang, mintalah apa sahaja dengan ALLAH...kan ALLAH tempat kita meminta dan berserah serta Pembela dan Pelindung orang-orang beriman..." Jawab Ummu Asma’ sambil mengukir senyum.
"Dan Asma’ pun nak do'a supaya umat Islam datang bantu kita. Baru kita boleh hidup aman, kan ummi kan?" Tambah Asma’.
Malam itu, dua beranak itu bangun menghadapi kedinginan malam. Berharap agar tidak ada tentera-tentera durjana membuat operasi pada malam itu. Segala puji bagi Allah, malam yang dingin itu pergi dengan menyaksikan mereka berqiyamullail tanpa sebarang gangguan.
Pagi itu, Asma’ telah bersiap sedia untuk ke sekolah. Dikucupnya dua pipi umminya. "Terima kasih ye ummi, Asma’ sayang ummi, halalkan makan minum Asma’,” ucap Asma’ sambil bersalaman dengan ibunya. Asma’ mengucup pula dahi adiknya, “Hilman, besar nanti, Hilman jadi macam walid ye, berani dan gagah,” tutur Asma’.
"Hilman nak hancurkan tentera Zionis dengan izin ALLAH!" Jerit Hilman bersungguh. Ummi senyum. Asma’ kemudian berjalan meninggalkan rumah.

Selepas Asma’ hilang daripada pandangan, Ummu Asma’ memanggil Hilman untuk mengajarnya Al-Qur'an. Tiba-tiba semilir berpuput deras seolah-olah membawa berita duka, mengganggu nurani keibuannya. Tenang semula. Ummu Asma’ beristighfar, "Astaghfirullahalazeem..." Hatinya membentak,"Apakah yang telah berlaku ya Rabbi?"
**

Di luar pagar madrasah, gerombolan manusia dikerumuni gawat. Suasana hiruk pikuk dengan tangis dan racau. Seorang guru menjerit,"Ya ALLAH, selamatkan budak yang tidak bersalah ini!”

Siren ambulans menambahkan huru-hara. Tentera rejim durjana mempamerkan durjana yang lebih melampau dengan menghalang ambulans daripada sampai ke tempat kejadian. Paramedik pantas keluar dari ambulans dengan membawa stretcher
.

"Ya ALLAH!" Salah seorang pegawai perubatan terpana melihat jasad yang terbaring.

"Kami dengar berdas-das tembakan dilepaskan oleh tentera laknatullah itu, kemudian budak ini tumbang,” tukas 'Azzam, guru di madrasah tersebut.

"Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un...," sebutan itu mencuri keluar dari bibir pegawai perubatan sambil dia mengangkat badan longlai si cilik untuk dibawa ke hospital.
Berita syahidnya Asma’ sampai ke pengetahuan ibunya. Ibu tua itu gumam. Mulutnya tidak henti beristighfar, berzikir...
Tenang dia melangkah ke hospital bagi mengenalpasti mayat anaknya. Air jernih berjujuran dari mata ibu tua. Dia cuba memujuk hatinya. Hilman berdiri kaku di luar bilik mayat, dia bingung tentang apa yang terjadi. Yang dia pasti, kakaknya telah syahid.
Sejurus ibu tua keluar dari bilik mayat, dia memeluk Hilman. Hatinya bersuara... "Tidak cukupkah dunia... Tidak cukupkah bukti wahai yang mengucap dua kalimah syahadah. Berapa lagi yang perlu pergi untuk kau percaya?"
Malam itu, berbillion muslim yang melayari internet membaca tajuk utama: "A Palestinian school girl was shot dead with 20 bullets in her body"

Berita lama dengan tajuk sama?



Dari Tsauban r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda :

Bermaksud : " Akan datang suatu masa dalam waktu dekat, bangsa-bangsa(selain umat Islam) bersatu dan mengalahkan kamu seumpama sekumpulan manusia berkerumun berebut-rebut akan hidangan makanan di sekitar mereka. Sahabat bertanya :"Wahai Rasulullah!, apakah kerana sedikitnya kita(umat Islam) pada waktu itu? Rasulullah menjawab:" Bukan, bahkan kamu pada waktu itu adalah golongan teramai ( majoriti ),tetapi kualiti kamu pada waktu itu bagaikan buih-buih lautan yang di bawa oleh arus air. ALLAH telah mencabut dari hati musuhmu perasaan takut terhadap kamudan ALLAH mencampakkan perasaan 'wahn' ke dalam hati kamu. Sahabat bertanya : " Wahai Rasulullah!,apa yang di maksudkan 'wahn' itu? Rasulullah s.a.w. menjawab : " Cinta dunia dan takut mati.
( Riwayat Al-Bukhari Muslim )

"Apakah kamu mengira bahwa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (cubaan) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam-macam cubaan) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya: "Bilakah datangnya pertolongan ALLAH?"Ingatlah, sesungguhnya pertolongan ALLAH itu amat dekat." [Al-Baqarah:214]

DI MANA????????

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM





Bangunlah wahai keturunan nabi Adam A.S


Ummat akhir zaman yang AMAT dicintai Rasulullah s.a.w


Juga Ummat yang membawa kerosakan di bumi Allah ini





Kita telah jauh dihanyutkan tipu muslihat syaitan


Terperosok di bawah timbunan dunya yang sementara





Sedang kita leka di bawah runtuhan Chechnya,


Sedang kita alpa berselimutkan tubuh kaku Afghanistan,


Sedang kita enak dibuai jeritan al-Aqsa





Ingatlah bahawa musuh kita ini semakin mara menghanyutkan kita


Ingatlah bahawa musuh kita ini sedang memperlekeh agama kita


Ingatlah bahawa musuh kita ini semakin hampir


MALAH LEBIH DEKAT DARI BAYANG KITA





Islam yang dahulunya melakar nama di bibir penentang


Islam yang dahulunya digeruni akan semangat jihadnya


Islam yang dahulunya terbentang dari timur hingga ke barat


Islam yang dahulunya memenuhi dua pertiga malam


Islam yang dahulunya mekar dengan ilmu





DIMANAKAH ISLAM ITU? DI MANA??!